Andainya Kalian Faham...
[Kredit] |
Adli baharu sahaja pulang dari berjaulah bersama-sama ikhwah. Kali ini mereka ke Terengganu, menziarah shuyukh dan asatizah di sana. Memang osem.
Adli tiba di rumah dalam jam sepuluh malam lebih sedikit, selepas menghantar ikhwah yang tinggal berdekatan dengan rumahnya dan usai menikmati sate arnab dan nasi lemak sambal kerang. Pergh.
Dia kepenatan. Sumpah. Di samping menjadi pemandu tetap untuk jaulah tersebut, dia adalah perancang utama kepada program hujung minggu tersebut. Beberapa kali ketika memandu pulang ke rumahnya, dia terlelap ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Astaghfirullah. Dia benar-benar keletihan.
Setibanya di rumah, ibunya sedang sibuk menggunakan komputer. Bisnes lah tu, fikir Adli. Adli memberi salam ringkas kemudian terus masuk ke biliknya. Dia mengeluarkan pakaian kotor dari beg galasnya, menanggalkan pakaiannya dan bersedia untuk membersihkan dirinya.
Air panas yang memancur ke atas kepalanya benar-benar menyegarkannya. Aaaahh. Kalau boleh dia tidak mahu terus berdiri di bawah pancuran air panas itu. Puas dia menyental muka dan seluruh tubuhnya. Dilap seluruh tubuhnya dengan cermat. Kemudian sempat dia berdiri di hadapan cermin, sambil mengagumi ciptaan Allah yang satu ini. Hensem jugak aku ni. Kikiki..
Dia menyarungkan kain cap Gajah Bersila, baju tee hitam 'Israel Is Not Real!' yang dibelinya dua tahun lalu sewaktu Minggu Penghayatan Islam di kolejnya. Kemudian dia keluar dari biliknya, dengan niat mahu berborak-borak dengan ibunya jika masih ada.
Ibunya masih khusyuk di hadapan komputer. Dia tersenyum ketika melihat kelibat Adli.
"Buat apa tu Ma..? Bisnes ke..?"
"Haah. Ada customer baru ni. Nak settlekan registration membership dia ni."
"Oooh..."
"How was your trip..?"
"Ok, best."
"Good good. Sapa yang ada..?"
"Adalah.. Mama bukan kenal pon kalau Adli bitau."
Ibunya hanya tersenyum mendengar jawapan anak keduanya itu. Matanya masih tertumpu pada skrin komputer.
"So Monday minggu depan Adli nak ikut Mama tak pergi IKEA?"
"Adli ada camping la Ma."
"Ha? Bila?"
"Monday tu la. Adli amik cuti kan..? Nak pergi camping dengan kawan-kawan."
Raut wajah ibunya berubah. Diam. Kemudian dia bersuara.
"Adli... Mama rasa... Uhmmm.. It's time for you to focus on climbing the corporate ladder. You have been spending too much time on your dakwah stuff.."
Not again, getus Adli.
"Mama.. Apa ni..? Tiba-tiba je.."
"Ye la.. Mama tengok, Adli tak habis-habis ke sana sini, buat benda-benda dakwah tu. You need some rest. You need to focus on your career."
Adli panas.
"Tapi Ma.. My passion is not there, not with my job. Bukan tu yang Adli nak buat. You don't understand.."
"Apa yang Mama tak understandnya..? Mama kesian tengok Adli. Asyik penat je.. Macam mana nak excel in your job..? I know you can do better. I know you. You just need to push a little harder."
Adli mengerut dahinya. Jantungnya berdegup kencang. Lehernya berpeluh. Kemudian dia meletup.
"You will never understand. It's not for me! Just because you and Papa didn't make it, janganlah impose on me!
Air muka ibunya berubah serta-merta. Adli tahu dia baharu sahaja melintas garisan yang sepatutnya tidak dilintasinya.
Kemudian ibunya tersenyum. Kelat.
"Bukan macam tu Adli..."
Adli tidak mahu meneruskan perbualan itu. Dia segera meluru masuk ke dalam biliknya.
Malam itu hati Adli tidak tenang. Dia rasa sangat-sangat bersalah pada ibunya. Namun egonya dan rasa panas yang masih belum reda menghalang dirinya daripada pergi mengucup pipi ibunya dan meminta maaf.
Berbolak-balik dia di atas katil. Gusar. Biliknya yang nyaman dengan kedinginan ekon cap Hitaci langsung tidak menyejukkan jiwanya. Kemudian hatinya berbisik,
"Kalaulah kau mati malam ni, konfem masuk neraka sebab mati dalam keadaan Mama tak redha!"
Gulp.
Dia lantas mencapai Samson Nota yang dibelinya dengan duit bonusnya tahun ini. Dia memberanikan diri menaip sebuah mesej untuk ibunya.
"Mama sory kalau Mama kecik hati tadi. ;( I must have been tired. Shud nt hav said whateva I sed. Sorry.. I love u, will alwaiz do. Gudnite and salaam.. Muah!"
Berdebar-debar juga Adli menanti mesej balas. Namun Samson Notanya diam seribu bahasa. Dah tidur kot..
Akhirnya Adli dapat melelapkan matanya. Lebih tenang rasanya.
Esoknya ketika hendak ke kerja, Adli cuba berlagak biasa dengan ibunya. Ibunya juga tampak biasa-biasa sahaja, namun Adli tahu ada sesuatu yang tidak kena. Ibunya lebih senyap daripada biasa.
Sebelum keluar rumah, seperti biasa Adli bersalam dengan ibunya dan membalas kucupan pipi dengannya. Mesra masih mesra, tapi ada sesuatu yang tidak semena. Merajuk?
Di opis, kepala Adli serabut memikirkan apa yang berlaku semalam. Dia tahu dia tidak sepatutnya mengatakan apa yang tersembul dari mulutnya. Jika dia menjadi ibunya, sudah tentu dia akan berkecil hati dibuatnya.
Namun dia benar-benar tidak dapat mengawal perasaannya malam tadi. Isu dakwah dan kerjaya ini sudah lama dipendamkan dalam sanubarinya. Agaknya malam tadi terkeluar juga akhirnya apa yang selama ini disimpan di dalam benaknya yang paling dalam.
Hakikatnya, dia memang tidak dapat menghayati pekerjaannya sekarang ini. Bukan itu yang mahu dilakukannya. Dia tidak punya minat dengan kerjaya yang diceburinya kini. Hanya kerana mahu menghabiskan keterikatan dengan penajanya sewaktu belajar di luar negara dahulu; jika tidak, sudah lama dia berlari-lari gembira melakukan apa yang amat-amat dichentainya - tarbiyah dan dakwah.
Sukar untuk dia menjelaskan kepada ibu dan ayahnya, hatta kepada rakan-rakannya yang lain. Pada pandangan mata mereka, tiada salahnya berdakwah sambil bekerja. Tapi mestilah seimbang antara keduanya. Dakwah berjalan, kerjaya pon lumayan! Barulah Islamik! Barulah menjadi qudwah kepada orang lain!
Malah, dalam kalangan ikhwah juga ada yang berpandangan sedemikian. Setiap kali dia meluahkan perasaannya dan meminta pandangan mereka, pasti jawapan yang akan diterimnya hampir serupa.
"Oh ok je, anta buatlah kerja anta sehabis baik, tapi dakwah janganlah tinggal..!"
"Ish apa masalahnya? Boleh je kan nak ekselen dalam kedua-dua bidang..?"
"La apa yang anta risaukan ni akhi..? Biasalah tu, ujian kerjaya. Sebagai seorang dai'e, anta kenalah beri yang terbaik! Barulah epik!"
Adli faham. Malah dia bersetuju sahaja dengan pandangan mereka semua. Namun yang mereka tidak faham dengan situasi Adli adalah dia mahu pergi lebih jauh lagi dalam tarbiyah dan dakwah. Dia tidak mahu biasa-biasa sahaja; setakat bawa bulatan gembira, sekadar berkonferens riang di hujung minggu, sekali-sekali menjadi muwajjih apabila dijemput...
Tidak, dia mahu jadi lebih daripada itu! Dia mahu menjadi Super Saiya peringkat kelapan!
Oleh sebab itu, dia terpaksa mengorbankan aspek kerjayanya. Apabila diberi tugas, dia akan laksanakan dengan sebaiknya. Tepati masa. Buat segala apa yang diamanahkan. Namun tidak lebih daripada itu. Dia tidak kuasa mahu kerja lebih-lebih, semata-mata mahu mengambil hati Puan Bos Besarnya. Atau sengaja pulang lewat kerana mahu menunjukkan kepada rakan-rakan sekerjanya yang dia amat rajin bekerja. Tidak.
Kerana dia perlu berkejaran ke bulatan gembira. Dia ada mesyuarat tarbiyah yang perlu dipengerusikan. Dia mahu bertalaqi pula dengan mana-mana shuyukh besar atau murabbi agung bagi memantapkan ilmu di dada.
Dia mahu jadi pendakwah tegar. Dia kepingin benar menjadi murabbi agung. Dia mahu berlari laju menuju redha dan sorgaNya! Nah, mana ada masa untuk menaiki tangga kerjaya..??
Aduhai, andainya mereka faham.
Adli yakin benar, seandainya dia tidak bersama-sama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah, sudah pasti dia kini menjadi pekerja cemerlang syarikat dan anak buah kesayangan Puan Bos Besarnya. Dia tahu dia mampu. Dia yakin yang dia ada kapasiti itu.
Tetapi bukan itu yang dia mahu. Bukan itu yang didambakannya kini. Dia sangat bersyukur kerana tarbiyah dan dakwah telah membantunya membetulkan kompas kehidupannya.
Adli dikejutkan daripada lamunannya apabila peringatan emel masuk berbunyi pada iPapannya. Mama. Adli berdebar-debar mahu membuka emel yang dihantar ibunya.
Life Is Such. Tajuk emel ibunya.
"Assalamualaikum dearest Adli,
What you said last night about us, your parents, was right. We BUMPED our life... We didn't make it!
Adli, all the more reason why we want our children to succeed in their respective life. We don't want your children to be embarrassed of you... The way you are embarrassed of me and your Papa."
Adli sebak.
"All I am asking is for you to realize your full potential in the corporate world. I don't think you are doing that at the moment. The Company spent hundred of thousands of ringgit to sent you to Chicago... Don't you think it is Islamic for you to repay by proving your worth? I am confident that you will make a good corporate guy and bring a lot of positive changes to any organizations. As someone who heads a big corporation, you would be in the position to do or start a lot of things/policies. You can then inculcate all things Islamic.
I am not asking you to totally abandon your dakwah activities but to confine them to your non-working days only. Your body needs enough rest for it to function well for you."
Adli menarik nafas. Panjang.
"Adli, Allah wants you to excell in both worlds - NOW and HEREAFTER.
Pernah tak Adli terfikir... Kenapa Adli ditakdirkan mendapat jawatan sekarang? Mama yakin yang Allah SWT memberi Adli peluang untuk mempamerkan kebolehan Adli di dalam urusan DUNIAWI jugak. It would be your greatest feat if you excel in both fields... DUNIA dan AKHIRAT!
Adli dah cukup dewasa untuk mempertimbangkan permintaan Mama ini. I don't want you to have any regrets.
Teruskan berdakwah tapi jangan lupa to push yourself up the corporate ladder as well. I know You can and You will not regret it!"
Air mata Adli mengalir perlahan.
Ya Allah... Andainya mereka faham...
-gabbana-
Kisah ini sembilan puluh tiga perpuluhan empat lima peratus ada kena-mengena dengan yang hidup dan yang err, belum mati lagi. Juga ada kena mengena dengan status saya yang lalu, "Puan Mama dan Inche Papa menginginkan aku mendaki tangga korporat dengan segera, walhal aku mahu menaiki tangga sorga dengan bergaya. Aduhai."
Matilaaaahh kalau Puan Mama baca ni! Gulp.